018 770 8996

Rawat Scoliosis dengan Premium Beautiful Corset

Apa itu SCOLIOSIS? 

Marni terpanggil tuk kongsi cerita tentang fenomena scoliosis ni dan bagaimana nak rawat dengan Premium Beautiful Corset.

Scoliosis ni dalam bahasa paling senang ialah kesakitan akibat daripada tulang belakang yang membengkok dalam bentuk C atau S.

Perbezaan antara pesakit scoliosis dan Orang yang mempunyai tulang belakang normal.

Jenis-jenis Scoliosis ialah:

1. Congenital Scoliosis iaitu situasi di mana tulang belakang yang abnormal sejak dari lahir.

2. Neuromuscular Scoliosis dikenali juga sebagai scoliosis saraf, hasil daripada otot yang tidak normal atau saraf yang boleh menyebabkan lumpuh.

3. Degenerative Scoliosis adalah situasi yang mungkin disebabkan trauma samada daripada kecederaan atau penyakit akibat daripada keruntuhan tulang, pembedahan belakang yang besar sebelum ini atau osteoporosis (penipisan tulang).

4. Idiopathic Scoliosis iaitu jenis yang paling biasa yang tiada punca khusus. Terdapat banyak teori tetapi tidak dapat bukti yang kukuh. Besar kemungkinan Scoliosis idiopathic adalah diwarisi.

(sumber : Scoliosis of the spine )

Menurut Klinik Pemulihan PPUM, kebanyakan kes scoliosis adalah berkaitan dengan SCOLIOSIS IDIOPATHIC yang majoritinya dialami oleh kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun dan ke atas.

Menurut Persatuan Penyelidikan Scoliosis, SCOLIOSIS IDIOPATHIC adalah satu sisi kelengkungan tulang belakang yang lebih besar daripada 10 darjah dan ianya diukur menggunakan kaedah cobb pada kedudukan X-ray.

Lengkung tersebut disebabkan oleh kecatatan 3 dimensi tulang belakang yang menyebabkan perubahan dari Kiri ke kanan, Depan ke Belakang dan Secara Putaran. Ini mengakibatkan terjadinya perubahan postur dan ketidakseimbangan pertumbuhan.

 Kategori penyakit Scoliosis

1. Right Thoracic Scoliosis – Tulang belakang lebih cenderung melengkung ke sebelah kanan di bahagian dada/bahu membentuk lengkuk berbentuk C terbalik dan menyebabkan bahu kanan lebih tinggi.

2. Left Lumbar Scoliosis – Tulang belakang lebih cenderung ke sebelah kiri di bahagian pinggang membentuk lengkuk berbentuk C menyebabkan pinggul kanan lebih tinggi

3. Right Thoraco-Lumbar Scoliosis – Tulang belakang membentuk lengkung bentuk C lebih besar dari dada hingga ke pinggang

4. Right Thoracic-Left Lumbar Scoliosis – Tulang belakang berada dalam bentuk S di mana melengkuk di bahagian dada kanan dan bahagian kiri pinggang.

Tanda-tanda Scoliosis

1. Bahu tinggi sebelah

2. Kepala tak lurus dengan badan

3. Badan sebelah belakang bonggol sedikit

4. Tulang belakang yang membengkok nampak dengan jelas

5. Pinggang dan pinggul tinggi sebelah

6. Bentuk badan nampak tak normal

7. Jarak antara tangan dengan trunk tak sama

Punca-punca Scoliosis

1. Tidak diketahui

2. Keturunan

3. Masalah Saraf Otak

4. Ketumbuhan

5. Cerebral Palsy

6. Jatuh (kemalangan kecil atau besar)

Bahaya ke Scoliosis ni? 

Kita yang tak alami mungkin rasa tak de la bahaya sangat kan sakit scoliosis ni.. Dah kejadian azali ciptaan tuhan mungkin ada hikmahnya..

Tapi uols silap kalau berfikiran macam tu.. Pesakit scoliosis ni akan sentiasa berasa cepat penat dan lenguh-lenguh kat bahagian belakang jika berdiri, duduk atau baring dalam tempoh yang lama..

Dan kalau dibiarkan lebih lama tanpa sebarang rawatan, tulang belakang akan semakin membengkok.

Bila tulang belakang membengkok melebihi 50 darjah akan menyebabkan tulang rusuk akan berubah bentuk dan menghimpit paru-paru lalu akan menyebabkan pesakit sukar untuk bernafas. kemungkinan juga akan menyebabkan masalah dengan jantung.

Rawatan Normal Scoliosis

Terdapat pelbagai kaedah rawatan di Malaysia mahupun luar negara untuk pesakit scoliosis iaitu samada kaedah pembedahan atau memakai alat penyokong tulang belakang.

Kaedah pembedahan biasanya disarankan kepada pesakit yang mempunyai darjah lengkungan melebihi 50 darjah kerana amat berbahaya pada pesakit jika dibiarkan kerana akan mengganggu sistem badan seperti paru-paru dan jantung.

Pembedahan ini adalah untuk memasukkan besi bagi menyokong tulang belakang supaya berada di dalam keadaan yang lurus. Namun ianya agak berisiko yang mana kesan sampingannya lebih tinggi kepada mereka yang lebih berusia. Malahan Kos pembedahan juga sangat tinggi.

Untuk yang baru mengalami Scoliosis, digalakkan dengan memakai alat penyokong tulang belakang yang dikenali sebagai ‘Spine Bracing’. Doctor mencadangkan untuk mengunakan alat ini kepada semua pesakit Scoliosis kerana dengan pemakaian braces ini lebih mudah kepada semua lapisan umur pesakit.

Spine Bracing diperbuat daripada plastik lembut bagi mengelakkan tulang daripada terus membengkok di masa akan datang. Untuk jangka masa pemakaian braces ini, bergantung kepada tahap Scoliosis pesakit terbabit.

Kebanyakkan yang mengunakan Spine Bracing ini akan berasa kurang selesa kerana ia membataskan pergerakan harian yang lebih memberi pergerakan seperti robot dan memerlukan pemakaian sehingga 20 jam sehari.

Selain daripada itu kos untuk satu Spine Bracing ini menelan belanja yang agak besar juga. Ia mungkin tidak membebankan kepada keluarga yang berada tetapi bagi golongan sederhana harus berfikir beribu kali.

Rawat Scoliosis dengan Premium Beautiful Corset

Dengan hanya menukar pakaian dalam tanpa perlu berbelanja besar untuk menempah alat penyokong tulang belakang lagi, ianya dapat membantu pesakit scoliosis untuk meneruskan hidup seperti orang biasa.

‘Macam mana Premium Beautiful Corset dapat membantu meyokong tulang belakang pesakit Scoliosis?’

Untuk pengetahuan uols, Premium Beautiful Corset ni telah diiktiraf oleh Persatuan Pakar Tulang Belakang dari Amerika, Canada dan Cuebec yang mana memang terbukti keberkesanannya dalam merawat dan memperbaiki postur badan si pemakai.

Premium Beautiful Corset ni terbahagi kepada 3 bahagian yang penting,

1. Long Bra (LB),

2. Waist Nipper (WN)

3. Long Girdle (LG)

Setiap bahagian sebenarnya penting, kalau perempuan wajib pakai 3 set ni sekurang-kurangnya 8 jam sehari tau , kalau lelaki pakai waist nipper jew, kalau pakai 1 set, Marni tak tahu lah ape jadinye yerrrr, kikikiki 😛 .

Part yang paling penting untuk pesakit scoliosis adalah waist nipper, sebab apa?

1. Mempunyai 7 batang keluli yang dapat menyokong bahagian pinggang dan mengukuhkan tulang belakang, seterusnya memperbaiki postur badan.

2. Reka bentuk ergonomi yang unik dapat menyelaraskan lemak pada bahagian pinggang ke bahagian dada dan pinggul, seterusnya menghasilkan kontur badan yang menarik.

3. Benang yang diimport dari Jepun membantu membentuk kontur badan yang menarik.

4. Reka bentuknya yang fleksible dapat memberi kesan yang memuaskan berdasarkan bentuk badan seseorang.

5. Terdapat 3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.

Wah…. Bestkan!!!

Dengan hanya tukar baju dalam je, bukan saja dapat membetulkan postur badan, menyokong tulang belakang sekaligus ianya membentuk badan yang cantik ada shape cun gitew!!!

Meh Marni belanja testimoni pesakit scoliosis memilih Premium Beautiful corset untuk merawat sakit yang dideritai mereka.

TESTIMONI 1

Testimoni fresh dari oven di mana penggunanya adalah di kalangan team kami iaitu Top leaders Circle. Pada asalnya cuma untuk hilangkan sakit belakang. Rupanya sakit belakang yang beliau rasa tu adalah sebab beliau ada Scoliosis.. Langsung tak sedar!!!
Alhamdulillah sedar awal di mana masih diperingkat permulaan. Disamping proses fisioterapi, beliau mengamalkan pemakaian Premium Beautiful Corset secara Konsisten. InsyaAllah dapat betulkan semula tulang belakang yang bengkok disamping menyokongnya.

TESTIMONI 2

Di usia seawal 12 tahun telah mengalami Scoliosis. Terpaksa ulang-alik dari Johor Bahru ke Hospital Universiti untuk mendapatkan rawatan. Simptom awal apabila mengalami badan mula senget dan sakit pinggang.

Semakin hari, usia makin meningkat menyebabkan tulang makin rapuh, cepat penat, badan kurang cantik dan confident level langsung hilang.
Ketika usia 12 tahun, doktor memberi alternatif untuk memakai simen bagi membetulkan tulang yang bengkok itu. Masa berlalu macam itu sahaja sama seperti tak sayangkan diri.
Pada Mei 2011, memilih untuk memakai Premium Beautiful dan sangat berpuas hati dengan kesan yang diberikan sebab sebelum ni tak pernah pakai baju saiz S tapi sekarang boleh mangayakan baju saiz S.
===Postur badan semakin baik
===Berat badan menurun
===MENGEMBALIKAN KEYAKINAN DIRI!!!!

TESTIMONI 3

”Mengalami Scoliosis apabila tulang belakang berpusing daripada keadaan asal. Selepas mendengar mengenai Premium Beautiful mampu membantu masalah Scoliosis, terus dapatkan ejen Premium Beautiful.
Selepas memakai selama sebulan, even 3 hari pun sudah boleh tidur dengan baik sehingga sekarang tiada lagi masalah sakit belakang. Lagi happy bila buat kerja rumah tak sakit belakang dah. Badan pun makin firm dan suami pun happy”.

TESTIMONI 4

Beliau adalah seorang anak gadis yang berumur 21 tahun, beliau mengetahui tentang masalah ini ketika beliau pergi menjalani ujian kesihatan untuk kemasukan ke IPTA. Beliau telah dirujuk ke hospital pakar tentang masalah tulang belakang beliau yang bengkok.. namun oleh kerana doktor mengatakan ianya tidak serius, beliau mengabaikan perjumpaan seterusnya bersama doktor beliau.. kini tulang belakangnya semakin bengkok dan kadang-kadang beliau mengalami sakit pinggang..
Beliau telah berjumpa dengan pakar dari hospital swasta dan doktor pakar menyarankan agar beliau memakai Spine cor Brace (spine Bracing) bagi membantu mengurangkan rasa sakit dan membetulkan kembali masalah tulang belakang beliau yang bengkok dengan harga RM7,000. Jumlah itu sebenarnya tidak menjadi masalah bagi beliau untuk membelinya kerana keluarga beliau lebih dari mampu untuk membelinya…. namun masalah timbul apabila beliau adakalanya tidak sempat untuk mengenakan Spinecor Brace nya.. akhirnya Seorang sahabat menyarankan beliau agar memakai sahaja Premium beautiful yang hanya bernilai RM2,600  untuk memudahkan beliau.. dan beliau sungguh terkejut dengan keajaiban yang berlaku kerana rasa sakit pinggangnya mula beransur hilang. Dan katanya ianya lebih selesa dan membantu dia membetulkan kembali postur badannya baik ketika tunduk atau pun sedang duduk. 

Ramai penderita scoliosis yang telah memilih Premium Beautiful Corset untuk tampil lebih sihat dan tidak meyakitkan.

MORE HEALTH BUT NO PAIN!!!

Nak dapatkan Premium Beautiful Corset dengan harga istimewa?

 

Related Posts

1 comment

Terbaik info ?

Leave a reply

You must be logged in to post a comment.