Premium Beautiful Corset Bantu Legakan Masalah Sakit Belakang & Sakit Pinggang!
Assalamualaikum…
Hi uolssss… Hari ni Marni nak share bagaimana Premium Beautiful Korset membantu legakan masalah sakit belakang & sakit pinggang.
Ramai tak yang sedang sakit belakang & sakit pinggang waktu baca post Marni ni? Rasa lenguh-lenguh dan sengal-sengal je pada bahagian pinggang? Atau mungkin bukan uols tapi saudara-mara, kawan-kawan atau jiran tetangga uols yang sedang deritai sakit belakang & sakit pinggang ni? mungkin uols boleh panjangkan kebaikan yang Marni share ni okey?
Rasa sakit ni kita selalu rasa bila waktu malam especially waktu nak tidur tu. Best kan dapat luruskan badan. Masa tu la baru terasa sengal-sengal sakit belakang tu yer. Macam mana Marni tahu? Sebab Marni pun rasa yang sama sebelum pakai Premium Beautiful Korset ni.
Alhamdulillah sekarang ni kalau Marni terpaksa drive jauh dan duduk dalam masa yang lama, memang Marni dah tak rasa sengal-sengal badan dah. Sebab apa? Sebab Premium Beautiful Korset ni selain melegakan masalah sakit belakang, Premium Beautiful Korset juga sebenarnya bertindak sebagai pemegang badan uols supaya uols duduk dapat postur yang betul.
Sebelum kita pergi lebih mendalam bagaimana Premium Beautiful Korset ni boleh bantu legakan masalah sakit belakang & sakit pinggang, jom kita study sikit apa itu sakit belakang dan punca-puncanya.
⇓ ⇓ ⇓
Tulang Belakang yang menyokong badan kita mempunyai 33 tulang vertebrata berasingan yang dipisahkan oleh pelapik kartilej bolehsuai yang dipanggil ‘disc’ atau piring. Ia dikelilingi dan disulami dengan ligamen, otot dan saraf. Sakit belakang terjadi apabila tulang belakang tersebut ‘teralih’ atau ‘menggelongsor’ dari kedudukan asal disebabkan gel antara tulang yang berfungsi untuk menyerap hentakan telah bocor dan seterusnya mengakibatkan tulang menekan saraf yang mengawal anggota badan seperti kaki, tangan dan leher. Sakit belakang juga berkait rapat dengan sakit pinggang.
Antara yang paling berisiko untuk alami masalah sakit tulang belakang dan sakit pinggang ialah:-
♦ Pemakai kasut tumit tinggi
♦ Wanita mengandung
♦ Aktif aktiviti sukan lasak
♦ Berat badan berlebihan
♦ Yang selalu travel jauh (driving)
♦ Kerja pejabat
♦ Orang yang tak suka bersenam
Bagaimana sakit belakang terjadi?
Marni pernah baca tentang sakit belakang ni ada bermacam punca. Salah satunya ialah postur yang salah ketika kita berdiri, duduk, baring semasa buat aktiviti harian. Bila hari-hari buat aktiviti yang sama dengan postur badan yang sama, akan menyebabkan stress pada tulang belakang. tu yang terjadi lenguh-lenguh dan sakit-sakit. Badan kita ni penat nak tampung tau.
Sakit belakang juga boleh terjadi bila berlaku pergerakan yang salah atau secara tiba-tiba. Terlalu banyak tekanan, bebanan apabila membawa atau mengangkat barang berat, atau posisi badan yang lemah atau kemalangan. Walaupun biasanya masalah ni tidak serius dan boleh diatasi dengan mudah namun kadang kala ianya boleh disebabkan oleh penyakit atau kecederaan yang terjadi pada tulang belakang, atau bagi sesetengah kes yang jarang berlaku iaitu penyakit pelvik dan abdoman seperti batu karang dan jangkitan.
Okey. Let’s go in detail! 5 Punca yang boleh menyebabkan sakit belakang iaitu:-
1) Masalah Pergerakan.
Masalah pergerakan @ masalah mekanikal badan boleh dikesan sekiranya uols merasakan kesakitan apabila melakukan pergerakan yang melibatkan tulang belakang. Pergerakan tersebut boleh merangkumi semasa uols berbongkok, mengangkat barang yang berat dan sebagainya. Kebiasaannya masalah ini berlaku disebabkan tulang belakang uols sudah haus atau sudah tua. Apabila ini berlaku, cakera (disc) yang menyambung tulang-tulang belakang akan hilang keberkesanan dan hilang flexibility. Hal ini membawa kepada masalah sakit belakang sekiranya uols melakukan pergerakan yang berat dan kuat.
2) Kecederaan
Kecederaan tulang belakang seperti terseliuh dan tulang patah boleh menyebabkan sakit belakang samada bersifat sementara atau kronik. Terseliuh boleh berlaku sekiranya ligamen berpusing atau mengangkat secara tidak wajar. Vertebrae yang patah sering berlaku akibat osteoporosis, satu keadaan yang menyebabkan lemah tulang poros. Kurang biasa, sakit belakang boleh disebabkan oleh kecederaan yang lebih teruk akibat daripada kemalangan dan jatuh.
3) Penyakit
Terdapat banyak masalah medikal boleh menyebabkan atau menyumbang kepada masalah sakit belakang. ini termasuklah:-
b) Spondylolisthesis- Ini merangkumi pelbagai jenis arthritis (Termasuklah Osteoarthritis, rheumatoid arthritis & ankylosing spondylitis)
c) Spinal stenosis – Ini berlaku kerana tulang belakang yang membengkok dan memberikan tekanan pada tulang belakang dan urat.
d) Endometriosis – Satu kondisi di mana pembentukan tisu uterine yang berlaku di luar uterus.
e) Fibromyalgia- Keletihan, Kelemahan dan kesakitan pada otot badan.
f) Semasa dan selepas seseorang wanita itu mengandung
g) Pengidap batu karang @ mengalami jangkitan semasa menghidapinya.
Masalah vertebrata selalunya berlaku kerana pesakit mempunyai osteoporosis ( keadaan yang menyebabkan tulang lemah dan rapuh). Walaupun osteoporosis tidak menyebabkan kesakitan, ia boleh memberikan kerapuhan yang teruk kepada tulang belakang. Namun, sakit belakang jarang disebabkan oleh jatuh dari tempat yang tinggi atau kecederaan dari kemalangan.
4) Jangkitan dan barah
Walaupun punca ini bukanlah penyebab utama kepada masalah sakit belakang, namun jangkitan boleh menyebabkan rasa sakit jika melibatkan vertebrae, osteomyelitis ataupun apabila melibatkan disc di antara vertebrae (discitis)
Barah juga di anggap jarang menyebabkan sakit belakang. Hal ini kerana barah jarang bermula dari belakang badan. Selalunya ia bermula dengan organ – organ dalaman. Sekiranya berlaku barah pada tulang belakang, ia mungkin disebabkan barah yang bermula dari bahagian badan yang lain.
5) Tekanan Diri (stress)
Walaupun sakit belakang seringkali dikaitkan dengan masalah fizikal, perlu diingatkan juga bahawa emosi dan tekanan jiwa boleh mengakibatkan sakit belakang dan menentukan berapa lama ia akan bertahan. Tekanan diri boleh memberikan kesan yang negatif kepada badan, termasuklah menyebabkan otot belakang menjadi tegang dan menyakitkan. Sekiranya tekanan diri anda tidak diatasi dengan betul, ia boleh berlarutan. Selain itu, insomnia atau kurang tidur juga boleh mengakibatkan sakit belakang.
Ni salah satu survey yang telah dibuat oleh American Osteopathic Association, yang mana kawasan paling biasa berlakunya sakit belakang adalah area low back atau bahagian belakang badan ke pinggang. Stress level adalah paling tinggi di kawasan ini. So, we have to do something to avoid this.
Bayangkan if Marni kerja 8-5pm duduk je mengadap laptop or pc… Confirm lenguh tau. If Marni kerja cam tu je sampai pencen? Oh myyyyy! cannotttt!!! If Marni tak usaha untuk betulkan postur badan, mungkin bongkok tiga sebelum waktunya! OH tidakkkk!! Sebab ade one of my friend punya friend yang bekerja bahagian finance di salah sebuah Property Investment Company dulu, kena SLIPPED DISC tau! Asalnya hanya sakit belakang yang biase jer!! Allahu.. kesian dengar ?
Ni antara perbezaaan good posture dan bad posture. Dan macam mana bad posture boleh buat sampai tahap kita tak berkeyakinan dengan diri kita. Selain itu of course in term of kesihatan dan komunikasi jugak jadi bertambah teruk. ?
Backpain often caused by extended hours of poor posture. So, Macam mana kita nak tahu postur badan kita ni betul ke tak? Jom kaji sikit posture yang betul dalam tindakan harian kita.. rasa-rasa tulang belakang kita berada dalam keadaan yang sihat tak.?
Rawatan Alternatif Untuk Legakan Sakit Belakang.
Ada banyak kaedah rawatan untuk mengurangkan masalah sakit belakang yang membelenggu uols. Kaedah ini terbahagi kepada dua iaitu dengan bantuan pakar hospital atau uols boleh amalkan simple method ni di rumah. Jika di hospital, kebiasaannya doktor akan sarankan pesakit untuk jalani beberapa rawatan antaranya:-
1) Fisioterapi
Terapi ni akan dilakukan melalui latihan renang di dalam kolam renang. Rawatan ini memang tidak memerlukan kos yang banyak tetapi memerlukan masa yang lebih untuk jalani rawatan yang berterusan.
2) Suntikan
Suntikan seperti steroid akan disarankan oleh doktor untuk mengelakkan dari sakit belakang ulang kembali atau tulang belakang makin membengkak tetapi melalui suntikan ini akan memberi kesan sampingan kepada anggota badan yang lain seperti tumbesaran fizikal akan terbantut. Contohnya paha akan kelihatan kecil/ besar sebelah.
3) Pembedahan
Kaedah ini semestinya cadangan yang akan disarankan oleh doktor tetapi ramai yang kurang memilih kaedah ini kerana ia akan meninggalkan kesan sampingan selain menelan belanja yang tinggi sehingga puluhan ribu.
Jika dirumah, rawatan alternatif yang boleh uols cuba bagi legakan masalah sakit belakang yang uols hadapi tu ialah dengan:-
1) Terapi mandi ais
2) Duduk dan make sure uols sentiasa jaga postur badan betul.Contohnya bila uols duduk di kerusi tu, make sure duduk dalam keadaan 90 darjah yer. Jangan duduk dalam keadaan45 darjah sebab tak elok untuk tulang belakang bagi jangka masa panjang.
3) Kurangkan berbaring
4) Exercise yang boleh membantu melegakan sakit belakang.Yoga dan senaman pilates sangat digalakkan!
5) Pakai Premium Beautiful Korset. Ni solution yang paling senang dan Alhamdulillah dah bantu ramai kaun wanita luar sana untuk legakan masalah sakit belakang. InsyaAllah salah satu usaha yang kita boleh iktiarkan yang mana ia berupaya membantu kita secara natural untuk posture badan yang betul.
Rujuk gambar di bawah.. Kalau uols kenal tu la blogger terkenal Dr. Fatin Liyana yang memakai Premium Beautiful Korset untuk sokong postur badan beliau.
Bagaimana Premium Beautiful Corset boleh Legakan Masalah Sakit Belakang.
Premium Beautiful Corset telah mendapat pengiktirafan daripada American Chiropractic Association atau dalam bahasanya adalah Persatuan Tulang belakang Amerika Syarikat. Selain itu, Canada dan Quebec juga memberikan pengiktirafan yang sama di mana mengiktirafkan bahawa Premium Beautiful Corset sebagai alat sokongan kepada tulang belakang tapi dalam bentuk pakaian dalam wanita.
Chiropractic juga bermaksud perubatan untuk sendi-sendi badan yang telah beralih@ teralih (misalignment), terutamanya pada bahagian tulang belakang(spiral), yang mana boleh menyebabkan punca masalah kesihatan baik melalui masalah saraf, otot atau organ badan. Memang doctor pun recommanded tau Premium Beautiful corset ni. tak percaya? Tengok testimoni ni.. even Carpal Tunnel Syndrome pun doctor suggest pakai Premium Beautiful Corset ni.
Dengan hanya tukar pakaian dalam kepada Premium Beautiful Corset je dah solve problem? Mudah je bunyi nyer kannnn… Kalau uols nak tau, Premium Beautiful Corset terdiri dari 3 bahagian yang mana ketiga-tiganya saling membantu dalam menyokong tulang belakang si pemakai. Kecuali lelaki lah… memang tak leh pakai satu set. hanya 1 part je boleh pakai.. hehehe.. kang pakai 1 set lain jadinya plak..:)
So, 3 bahagian Premium Beautiful itu ialah Long Bra, Waist Nipper dan Long Girdle yang mana bila pakai Premium Beautiful ni uols akan berasa selesa dengan postur badan yang betul ni.
Long Bra direka cipta dengan tali yang lebar bagi menampung badan atas termasuk payudara yang sebelum ni boleh mengakibatkan rasa sakit pada tulang belakang dan belikat anda. Ia juga membantu dalam melancarkan pengaliran darah.
Waist Nipper pula mempunyai 7 tetulang berteknologi tinggi yang membantu memperbetulkan postur badan kita, menegakkan badan dan seterusnya dapat mengurangkan masalah tulang belakang seperti sakit pinggang, bongkok dan slip disc. Suntikan Far InfraRed (FIR) yang banyak dalam bebenang bengkung juga melancarkan pengaliran darah ke seluruh badan. Bagi kaum lelaki, uols digalakkan untuk pakai Premium Beautiful di bahagian ini.?
Long Girdle berfungsi membentukan postur punggung si pemakai agak lebih tegap dan cantik. Membentuk postur pinggul lebih kemas, tidak menggelebeh, lebar, peha mengecil dan menjadikan tubuh badan lebih tegap dalam posture yang betul dan stabil.
Bila pakai Premium Beautiful Corset ni, memang postur badan kita terjaga dan ianya membantu mengurangkan rasa sakit badan dan sakit belakang. So, just imagine kalau uols terpaksa travel jauh dan dengan keadaan jalan raya Malaysia yang tak berapa nak rata ni kan. At least bila terpaksa terhentak-hentak tu, Premium Beautiful corset ni bantu pegang badan uols.
Marni sendiri sekarang dah tak berani nak travel jauh kalau tak pakai premium beautiful corset. Setiap kali balik kampung ke Terengganu, perjalanan 5 jam jadi selesa dan terasa singkat je sebab adanya Premium Beautiful yang setia sokong tulang belakang Marni. Tak sanggup nak rasa sakit after drive lama-lama.
Tu pengalaman Marni sendiri. Sekarang Marni nak share pengalaman mereka yang memang mengakui Premium Beautiful corset membantu legakan sakit belakang. Kebanyakan mereka yang sakit belakang ni semuanya kurus-kurus belaka. Ikutkan memang tak perlu pakai Premium Beautiful corset tapi tu lah… nak bagitahu uols yang premium beautiful ni memang bukan untuk kuruskan badan jer. Bahkan juga untuk kurangkan masalah sakit belakang. Jom tengok testimoni nih..
Testimoni 1
Iera ni adik Marni. Dia kecil dan kurus jer. Mungkin faktor lahir tak cukup bulan dulu kot..hehehe… Terkejut juga bila dia cakap nak pakai Premium Beautiful. Katanya ada senggugut yang teruk. Sekali sakit pinggang pun hilang sekali. Alhamdulillah. Happy dia sekarang tanpa belenggu senggugut dan sakit pinggang.
Testimoni 2
Untuk pengetahuan uols, Azwa ni seorang guru di pahang. Orangnye memang sangat kecil dan kurus. Marni sendiri tak perasan yang tulang belakangnya bengkok. Maybe sebab Azwa pakai baju longgar. So, tak berapa perasan sangat keadaan postur Azwa waktu tu. Alhamdulillah masalah Scoliosis dapat dikesan pada peringkat awal. Paling best tak perlu makan painkiller dah!
Testimoni 3
Ni satu lagi fresh testimoni, orang yang sama tapi bila pakai Premium Beautiful corset ni dah macam orang lain pula kan? Sakit belakang lepas mengandung memang biasa. Mungkin anak pertama uols takkan rasa sakit sangat tapi bila dah masuk anak ke-2, ke-3 dan bila baby dalam perut agak besar, memang akan sakit belakang. Asbab Pakai Premium Beautiful Corset, sakit belakang dah hilang, ia merawat peranakan sekali siap pakej hilangkan masalah keputihan lepas bersalin, Alhamdulillah.
Ni antara Kata-kata Nisa, Marni ambil dari Facebook beliau.
“Premium Beautiful Corset memang fenomena! Nisa start pakai sebab backpain akibat postur badan yang tak betul. Tak sangka pula Premium Beautiful korset ni boleh menolong mengurangkan keputihan selepasa bersalin. Nisa sarung Premium Beautiful lepas bersalin dan shape pun berjaya maintain! Kita nak rawat masalah backpain sekali terawat peranakan juga. Bestkan? Sekarang tak leh tinggal Premium beautiful korset dah.. Mesti kena sarung hari-hari. Kalau tak sarung rasa pelik. Perut buncit pun dah tak de padahal anak dah 1. Orang kadang ingat kita tak kahwin lagi, PB punya pasal lah ni!”
Tahu tak ada juga petanda kalau sakit belakang selalu tu. Salah satu tanda peranakan jatuh! ni untuk wanita lah. So, elok pakai Premium Beautiful Korset untuk naikkan peranakan dan jaga tulang belakang sekali. Eh! even orang mengandung 4 bulan still boleh pakai PB tau! Untuk reduce sakit belakang sebab perubahan bentuk tulang belakang ketika mengandung memang buat bakal ibu-ibu tak tidur malam! Lenguh sana-sini!
Testimoni 4
Ni lagi 1 testimoni asbab pakai PB bantu kurangkan sakit belakang beliau jugak. Syukurnya jika produk yang kita jual nih dapat membantu ramai orang di luar sana untuk sihat. Cantik tu nombor 2 as bonus! Yang penting sihat dulu! Beliau terpaksa berurut setiap kali start sakit-sakit. Alhamdulillah sejak pakai Premium Beautiful secara teratur dan konsisten, kurang dah sakit belakang.
Testimoni 5
Siapa kata yang melahirkan baby secara pembedahan tak boleh pakai premoium beautiful corset? Boleh jer sebenarnya. In fact lagi bagus sebab wanita yang melahirkan secara caeser ni tak berpeluang untuk berpantang macam mereka yang melahirkan secara normal.
Seronok tengok Lina yang bersalin secara pembedahan ni dah tak tanggung sakit belakang yang kronik akibat kesan bius.
Testimoni 6
Kurus dan bongkok! Memang kurus tu cantik tapi bila bongkok, kurus tu terus jadi tak cantik. Seronok tengok bila Siti dah tak lagi menderita sakit belakang lepas pakai premium beautiful Korset.
Testimoni 7
Khai pun dalam kategori kurus bongkok jugak.. Beliau deritai sakit belakang dan postur badan yang bongkok sejak zaman bujang lagi.. Tak cantikkan anak masih kecik tapi mak dah macam nenek bongkok tiga. Betul tak? Hasil dari konsisten pakai PB, beliau berjaya hilangkan sakit belakang dan bongkok & sekaligus jadikan PB yang sama sebagai set berpantang untuk anak ke-2!
Testimoni 8
Last but not least, Marni nak share testimoni TLC Master Trainer iaitu CDM Nur yang merupakan penderita sakit belakang akibat SLIPPED DISC.
” Sebelum saya memakai Premium Beautiful Corset, saya mengalami masalah period berpanjangan selama 6 tahun berturut-turut dan mengalami masalah tulang belakang iaitu slipped disc dibahagian leher dan pinggang akibat kemalangan jalan raya. Disebabkan itu, pergerakan saya sangat terbatas seperti robot dan badan saya sentiasa lemah kerana kekurangan tenaga. Namun saya agak terkejut setelah sebulan memakai Premium Beautiful, saya sudah boleh menggerakkan leher saya seperti biasa. Memang terbukti premium beautiful Korset ialah pakaian dalam wanita yang bukan sahaja mengembalikan mahkota seorang wanita tapi juga 1 rawatan alternatif bagi kita yang mengalami masalah kesihatan samada dalaman mahupun luaran. Saya sangat berpuas hati dengan Premium Beautiful Corset!”
Alhamdulillah memang happy sangat bila tengok kawan-kawan makin sihat dan cantik lepas pakai PB nih. Semua testimoni Premium Beautiful yang Marni share ni datang dari mereka yang memang pakai PB setiap hari.
InsyaAllah from time to time Marni akan share lebih banyak lagi testimoni PB ni okey! Jika uols berminat nak tahu lebih lanjut tentang Premium Beautiful Korset dan bagaimana ia berupaya membantu legakan masalah sakit belakang & sakit pinggang uols, boleh contact Marni atau PB expert lain sebab kami jer yang boleh assist uols to get best size dan servis yang tip top.
Yelah kita nak pakai PB ni nak support tulang belakang kita, mesti mahu pakai saiz yang selesa dengan badan kita. Some more PB ni ada lifetime waranty. Kalau nak compare dengan corset lain di luar sana, nan hado! ntah pape waranty yang diorang bagi tu.
By the way, Marni ada Special price & Promosi tuk uols yang beli Premium Beautiful Korset ni secara Cash or via Credit Card. So, Jangan tunggu lama-lama. Sebelum Harga Murah Premium Beautiful Korset tamat dan paling worst takut sakit belakang yang mulanya lenguh-lenguh biasa jer end up jadi serious! Kena cepat cegah sebelum terlambat okey!