Apa itu Hai-O JTX Series?
Hai-O JTX Series adalah siri produk penjagaan enjin kenderaan terbaik 2018 yang mana terdiri daripada minyak pelincir, minyak konsentrasi dan pelekat pengesan udara (AirTracker).
Minyak pelincir Hai-O dikenali sebagai JTX1000 adalah minyak enjin berprestasi tinggi yang direka khas untuk membersihkan enjin dan memberi perlindungan terhadap pengoksidaan, kehausan, kakisan, mendapan dan pembentukan lumpur dalam keadaan memandu yang paling teruk. Ia dihasilkan untuk kegunaan semua jenis kenderaan yang memakai petrol dan diesel termasuk kenderaan dilengkapi dengan turbocharger dan sistem pembakaran suntikan. Formulasinya yang moden memastikan fleksibiliti untuk ‘mixed fleet operators’.
Kelebihan JTX1000 berbanding minyak enjin lain:-
* JTX1000 ini mengandungi TCF iaitu Tribology Clear Film di mana jika minyak pelincir kereta kering, fungsi TCF ini dapat mengelakkan enjin kereta daripada jem. Untuk percubaan guna minyak enjin JTX1000 sepenuhnya, hidupkan enjin kenderaan dalam 20 minit, kemudian keluarkan kesemua minyak JTX1000 yang didalam enjin, kenderaan anda dapat bergerak lebih 50km walaupun tanpa minyak hitam kereta. *****Hanya untuk mereka yang confident shj!
* Menjimatkan penggunaan petrol sehingga 10% – 20%. Bermakna setiap perbelanjan RM100 petrol, anda boleh jimat hampir RM10-RM20 kos petrol. Ujian telah dilakukan dalam kelajuan yang konsistan.
* Meningkatkan kuasa enjin sehingga 20% ke 30%. Kesan ketara bila anda tekan minyak kenderaan, enjin tidak semput, terus pergi dan pergi.
* Jika perjalanan anda terpaksa mengharungi kawasan banjir, anda tak perlu risau jika enjin kenderaan anda masuk air kerana fungsi TCF di dalam JTX1000 boleh menyelamatkan enjin daripada jem.
* Kandungan dalam minyak pelincir JTX1000 ini juga tidak bersifat asid atau menghakis. Tak percaya? Cuba anda servis kereta anda dengan menggunakan minyak JTX1000 ini bagi tempoh 3 kali service. Selepas tu buka head enjin. Cuba tengok enjin anda makin bersih enjin atau tidak?
Fungsi TCF di dalam MINYAK PELINCIR JTX1000
Sebelum itu, Apakah Maksud Tribology?
Tribologi ialah bidang kajian sains dan teknologi tentang geseran, kehausan dan pelinciran serta pembangunan teknologi dalam mengoptimisasikan proses geseran di dalam bearing, alat transmisi, enjin, dan elemen-elemen mesin yang lain.
Teknologi pelinciran yang berkait rapat dengan tribologi merupakan teknik mengurangkan daya geseran dan hakisan menerusi bahan pelincir dan penggunaan bahan pelincir pada kawasan geseran.
TCF adalah selaput atau filem yang ada dalam JTX1000 untuk mengelakkan geseran dan hakisan di dalam bearing, alat transmisi, enjin, dan elemen-elemen mesin yang lain.
Apa Kaitan JTX1000 Dengan Anti Oksida, Anti Karat?
Bila kita matikan enjin, minyak hitam akan mendap ke bawah (sump). Dan kemudian apa akan terjadi selepas tu? Pernah tak kita rasa susah untuk hidupkan enjin pada waktu pagi? Ada kan.. Ini disebabkan minyak pelincir dah termendap dekat bawah enjin (sump) dan enjin tersebut menggunakan minyak pelincir yang tidak mengandungi TCF.
Bila enjin susah nak dihidupkan, pengewapan akan berlaku disebabkan terdapat rongga-rongga udara pada bahagian-bahagin besi enjin. Dan disebabkan itulah enjin kita boleh karat. Dah la minyak turun, susah nak dihidupkan, enjin pula berkarat.
TCF yang akan pastikan minyak pelincir JTX1000 ni tidak turun ke bawah enjin walaupun enjin sudah dimatikan. TCF jugaklah yang melindungi enjin dari berkarat.
Apa Kaitan JTX1000 Dengan Anti Asidik, Anti Haus, Anti Keladak?
Bila minyak pelincir mempunyai fungsi TCF ni, pergeseran dalam enjin akan jadi 0 atau hampir kepada TIADA. Kenapa tiada? Ini disebabkan pergeseran di dalam enjin di lakukan oleh TCF. Bahagian- bahagian besi di dalam enjin hanya bergeser pada lapisan TCF tersebut. Sebab itulah enjin tak haus dan tiada wear and tear. Dengan bahasa lainnya jugak tiada carbon dan sludge (keladak)
Apakah Perbezaan Antara Mineral Oil (JTX) dan Sintetik Oil (Brand Lain)?
Ramai orang bertanyakan minyak JTX1000 ni sintetik atau tidak dan apa bezanya mineral oil dengan sintetik oil? Di sini Marni jelaskan yang minyak JTX1000 ni adalah MINERAL OIL dan beza antara Sintetik oil dan Mineral oil adalah seperti berikut:-
• Minyak pelincir ‘Fully Synthetic’ dihasilkan melalui campuran 4 bahan #kimia utama iaitu Ceflon, Teflon, Chlorine dan Parafil.
• Jika 4 bahan kimia utama tersebut bercampur dengan minyak mentah (mineral), maka terhasil lah minyak ‘Semi Synthetic’.
• Pada asalnya iaitu akhir tahun 1930-an dan awal tahun 1940-an, saintis Jerman mencipta minyak sintetik akibat kekurangan minyak mentah untuk industri mereka (terutamanya keperluan ketenteraan). Antara punca yang menaikkan kepopularitian minyak sintetik adalah kemampuan ia mencair walau pada tahap suhu sejuk yang melampau terutama ketika musim sejuk.
• Setiap jenis minyak, ada kelebihannya tersendiri. Bagi minyak sintetik, ia mempunyai agen pembersih yang membendung kewujudan keladak pada enjin. Dan disebab itulah minyak pelincir akan kelihatan gelap, tetapi ini sama sekali tidak menghalang minyak daripada melaksanakan fungsi-fungsi biasa iaitu melincir dan melindungi permukaan logam dalam enjin. Jika minyak pelincir tidak bertukar hitam ini boleh disebabkan tidak ada bahan tambah pencuci di dalamnya dan enapan akan melekat pada bahagian enjin.
• Mineral oil seperti JTX1000 diperoleh dari minyak mentah petroleum yang telah ditapis. Minyak JTX1000 mengandungi content AW/EP iaitu anti geseran dan extreme pressure terutama bagi mereka yang mengamalkan pemanduan yang ekstreme (racing). Ia melindungi enjin dari geseran yang boleh merosakkan permukaan logam di dalam enjin akibat dari pemanduan yang ekstreme tersebut. Selain itu ia juga dapat menjimatkan petrol antara 10-20%, meningkatkan keupayaan enjin antara 20-30% dan memanjangkan jangka hayat enjin anda.
Bolehkah minyak pelincir berlainan jenama dicampurkan??
• Kebanyakan minyak pelincir berasaskan mineral boleh bercampur antara satu sama lain. Bagi minyak pelincir sintetik, ia harus digunakan secara penuh hati-hati. Sesetengahnya tidak boleh bercampur sepenuhnya dengan minyak pelincir mineral atau sintetik lain kerana kandungan chemical yang berbeza bagi setiap pengeluar. Apabila menukar dari satu jenis ke satu jenis yang lain, sempurnakan penukaran minyak pelincir untuk hasil maksimum.
Hai-O JTX Series
Hai-O JTX series terdiri daripada beberapa jenis Minyak enjin iaitu:-
1) JTX 1000
2) JTX 5000
3) JTX Air-Tracker
JTX 1000 terdiri daripada 2 kategori iaitu JTX1000 Gold berpelekat kuning dan JTX 1000 berpelekat merah. kedua-dua minyak ni di datangkan dalam saiz 4 liter untuk kereta dan 1 liter untuk motosikal.
Berikut adalah spesifikasi lebih detail untuk kedua-dua jenis minyak JTX1000:-
JTX 1000 GOLD Motor Oil
JTX 1000 GOLD adalah Minyak pelincir enjin yang bertaraf premium ini memberikan kuasa dan prestasi optimum walaupun pada suhu tinggi sambil melindungi omboh serta mengawal dan menyingkirkan enapan. Sesuai untuk semua jenis enjin dan apa-apa jua keadaan pemanduan.
JTX 1000 Gold merupakan generasi ke-3 dari JTX 1000 yang terdahulu. Jika diukur dari kehebatan prestasi yang ditunjukkan JTX 1000 Gold lebih hebat dari generasi ke-2, di mana formula tambahan diperkukuhkan dan diperkaya dengan kepekatan tambahan jet turbo x 5000 EP/AW.
Keyakinan JTX 1000 Gold
Tribology Confirmed (TCF)
Anugerah SUPERBRANDS
Diperakui ISO 9001
Diperakui API/SAE/ACEA
Pencapaian prestasi:
ACEA A3/B4-10,
MB p229.1,
VW 501 01/50500
Kelebihan JTX 1000 GOLD
Diperkuat dengan EP/AW.
Tahan tekanan lampau
Teknologi Tribology untuk penjimatan petrol / diesel
Prestasi POWER
Spesifikasi JTX 1000 Gold
API gred > SN (petrol) / CF (Diesel)
SAE Gred > 10w – 40
Kelulusan PDA 11241
Sesuai untuk semua jenis kenderaan bermotor
JTX 1000 Gold terdiri daripada 2 saiz iaitu 4L (RM 210.00) dan 1L (RM 53.00)
Cara penggunaannya, ia disyorkan untuk kenderaan berenjin petrol dan diesel. Meningkatkan penjimatan minyak dan perlindungan pengecas turbo.
Ciri-ciri istimewa JTX 1000 Gold Motor Oil
1) Memberikan kuasa dan prestasi optimum dalam semua keadaan pemanduan walaupun dalam keadaan yang ekstrim
2) Memanjangkan jangka hayat enjin dengan mengurangkan kesan haus dan lusuh
3) Memberikan perlindungan anti enapan, anti karat dan anti oksida yang lebih baik
4)Pengubahsuai geseran yang lebih maju untuk penjimatan minyak dan prestasi yang lebih baik
5) Pelincir berkualiti tinggi yang menjadikan enjin beroperasi secara senyap dan lancar
6) Menepati ataupun melampaui API SN/CF
JTX 1000 RED Motor Oil
Berbeza dengan JTX1000 Gold yang dicadangkan pada kereta baru untuk 7 tahun pertama pengeluaran, JTX 1000 Red sangat sesuai untuk:-
1) Kereta lama yang kebiasaannya enjin tu dah longgar sedikit
2) Kenderaan enjin diesel kerana JTX Red adalah C1-4 Grade lebih tinggi dari JTX Gold.
3) Motosikal (RPM tinggi dan lasak)
4) Engine yang mempunyai kebocoran kecil
5) Generator (diiktiraf oleh pengeluar jentera berat CUMMINS)
6) Mesin pertanian (diiktiraf oleh pengeluar jentera berat CUMMINS)
Spesifikasi JTX 1000 RED Motor Oil
SAE gred > 15W-50
API gred > SL (Petrol) / CI – 4 (Diesel)
Kelulusan PDA 11241
Pencapaian prestasi:
ACEA A2, A3, B3, B4, E4, E5
CUMMINS CES 20077/20078
GLOBAL DHD -1
VOLVO VDS -3
ISO 9001
Kelebihan JTX 1000 RED:-
Meningkatkan prestasi enjin
Pemanduan lebih jauh
Mengurangkan suhu semasa operasi enjin
pergerakan enjin yang lebih stabil dan senyap.
Diperkaya dengan bahan tambahan EP/AW
Anti-enapan, anti-karat dan anti-oksida yang baik
Di sarankan untuk enjin petrol, NGV dan diesel
Filem pelincir yang melekat pada bahagian enjin
Menjimatkan penggunaan bahan bakar seperti petrol, diesel dan gas sehingga 10%-25%
Melebihkan jangka hayat enjin dan kuasa enjin
Anti lumpur minyak / sludge
Mampu mencecah pemanduan sehingga 10,000km (dengan mengikuti saranan OEM)
Ciri-ciri istimewa JTX 1000 RED Motor Oil
1) Tahan tekanan ekstrem dan ejen pencegah geseran yang mana memberikan liputan pelinciran yang hebat serta bersifat anti haus yang baik
2) Perangsang Alkali dengan meneutralkan asid yang terhasil dan merangsang simpanan tersedia alkali minyak enjin
3) Pencegah kakisan iaitu ianya melindungi bahagian enjin daripada terkakis akibat pembentukan asid dalam minyak enjin
4) Antioksida yang mana ianya mencegah ataupun mengurangkan pembentukan enapan yang terhasil akibat penguraian tidak tepi dalam minyak enjin.
5) Bertindak sebagai pencuci yang mencegah enapan daripada melekat pada enjin
6) Pengurai yang menyimpan zarah-zarah berkilat dalam takungan minyak, mencegah penggumpalan enapan, dan mengurangkan kejadian tapisan minyak tersumbat.
JTX 1000 Red terdiri daripada 2 saiz iaitu 4L (RM 197.00) dan 1L (RM 50.00)
JTX 5000 Concentrated JTX Lubricant
MINYAK KOSENTRASI HAI-O JTX 5000 (Concentrated JTX lubricant) atau nama senangnya ibu minyak dapat memberi kuasa pelinciran yang mampu menahan tekanan lampau serta mencegah kehausan pada minyak enjin. Ini dapat mengurangkan geseran pada permukaan enjin.
Keistimewaan dan Kehebatan JTX 5000
Tahan tekanan tinggi dan mengurangkan geseran pada enjin sehingga 99.999%
Formulasi EP/AW diciptakan untuk penggunaan yang lebih lasak (camel Thropy)
Operasi enjin yang lebih sunyi dan lancar.
Mengurangkan kos penyelenggaraan.
Mengurangkan suhu semasa perjalanan.
Mengurangkan penggunaan bahan bakar.
Meningkatkan kuasa enjin.
Membekalkan pelinciran yang menahan tekanan.
Cara penggunaan
JTX 5000 hanya digunakan sebagai minyak tambahan setelah anda menukar minyak enjin (JTX1000) dengan dicampurkan sebanyak 125ml sahaja.
Harga sebotol (125ml) JTX5000 Concentrated JTX Lubricant adalah RM130
JTX Airtracker
JTX Airtracker berfungsi menukar molekul udara menjadi struktur molekul yang sangat halus. Jadi, bahan api dapat dibakar sepenuhnya secara lebih optimum. Keadaan ini meningkatkan prestasi enjin dengan gerakan omboh yang lebih lancar serta menjimatkan bahan api. Selain itu, ia membantu memanjangkan jangka hayat enjin.
JTX Airtracker bukan sahaja dicipta untuk menjimatkan bahan api, ia juga membantu memelihara alam sekitar. Bahan api yang dibakar sepenuhnya yang akhirnya mengurangkan pelepasan karbon ke kawasan persekitaran.
So, bagaimana killer produk JTX AirTracker ni boleh menjimatkan minyak? Seperti penerangan di atas mengenai minyak pelincir JTX1000, anda juga perlu tahu serba sedikit mengenai JTX AirTracker.
Amnya semua mengetahui enjin berfungsi kerana berlaku pembakaran di dalam enjin. Pembakaran terjadi kerana adanya elemen bahan api dan udara (oksigen). Tanpa salah satu elemen tersebut, pembakaran tidak akan berlaku. Akan tetapi, pembakaran yang berlaku di dalam enjin tidak mencapai pada tahap optimum disebabkan luas permukaan molekul-molekul udara.
Akibatnya penggunaan bahan api yang berlebihan digunakan untuk membakar molekul-molekul udara yang besar tersebut dan akhirnya menambahkan penghasilan karbon monoksida dan karbon dioksida melalui ekzos.
JTX Air Tracker ni yang diletakkan di bahagian ‘air filter box’ berfungsi untuk menukarkan molekul-molekul udara kepada struktur molekul yang sangat-sangat kecil. Bila molekul udara tu dah sangat-sangat halus, maka pembakaran yang berlaku lebih sempurna dan optimum.
Tak perlu penggunaan petrol yang lebih untuk dapatkan pembakaran yang sempurna. Sebagai contoh, pembakaran senaskah suratkhabar dengan surat khabar yang telah dikoyakkan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil yang mana lebih cepat terbakar? Sudah semestinya suratkhabar yang yang telah dikoyakkan itu. Betul?
Bila pembakaran minyak berlaku dengan sempurna dan optimum, maka enjin kereta kita dapat perform dengan cemerlang. Piston pun bergerak dengan lebih lancar kerana penggunaan minyak JTX (kurang geseran) dan ini boleh menjimatkan pembakaran minyak kereta untuk prestasi yang sama. Jadi komponen dalam enjin kita pun tahan lebih lama. Bukan sahaja boleh jimatkan petrol, tapi teknologi JTX AirTracker juga menyumbang kepada persekitaran yang lebih hijau kerana bila pembakaran sempurna, kadar pengeluaran karbon monoksida dan karbon dioksida dapat dikurangkan.
Fungsi JTX AirTracker
1) Meningkatkan prestasi enjin
2) Mengurangkan enapan karbon di dalam enjin
3) Menjimatkan penggunaan petrol/bahan api melalui peningkatan nisbah pembakaran bahan api
4) Enjin menjadi lebih senyap
5) Anti kepanasan enjin
6) Memanjangkan jangka hayat enjin
7) Mengurangkan pelepasan karbon monoksida dari ekzos
Cara pemasangan JTX AirTracker
JTX AirTracker dipasangkan dengan hanya melekatkan sticker tersebut di atas penutup penapis udara (air filter) kenderaan anda. Bilangan sticker yang perlu dilekatkan bergantung kepada kapasiti enjin anda di mana :-
Kenderaan <1,599CC – 3 keping sticker
Kenderaan 1,600 sehingga 2,999CC – 6 keping sticker
Kenderaan melebihi 3,000CC – 9 keping sticker
Jadi kesimpulannya, bagi penjimatan minyak petrol dan penjagaan enjin yang lebih lama anda disarankan menggunakan minyak Minyak Pelincir JTX 1000 + JTX5000 BERSAMA dengan JTX AirTracker.
Harga JTX Airtracker 3pcs in 1 pack RM321.00
TESTIMONI SENDIRI MENGGUNAKAN JTX 1000 GOLD
Sebelum try JTX1000 GOLD ni Marni memang pengguna tegar minyak hitam sintetik. Al-maklum lah, time tu service kereta fully covered by company. Asal tu nak yang high end je la.. Kononnya untuk high prestasi dan all the best untuk kereta sendiri. tapi tak tahu la sejauh mana kebenarannya… Bayangkan lah Kereta keluaran tahun 2009 sampai 2016 masih duk guna sintetik. Ko rase?
Dari tahun 2016 sehingga sekarang, JTX telah menjadi pilihan Marni sebagai Penjaga Enjin Kenderaan Terbaik.
Ada seorang mekanik yang baik hati advise Marni untuk tukar semi-synthetic or better mineral terus. Katanya lebih baik sebab kereta Marni ‘Cik Tam’ dah tua nanti enjin cepat rosak. so, Marni study sikit-sikit sambil tanya orang sana sini.. Then terbaca info tentang JTX ni. Sebelum nak tukar arah tu, memang berbagai benda yang bermain dalam kepala…Tribology??Boleh caya ker minyak mineral ni?
Harga tak fikir sangat al-maklum lah maintenance company tanggung. Marni tau kalau harga mahal mesti BAGUS. Tapi Marni duk pening lagi sbb bab kereta ni bukan pandai sgt.. Marni nak tau kenapa minyak ni mahal tp mineral je? bukan semi & bukan full synthetic..
Marni survey-survey lagi, ada orang cakap JTX1000 GOLD ni memang mineral sahaja tiada versi semi & bukan full synthetic. Nak tau lanjut kena pegi HQ tengok datasheet. Marni nak tengok datasheet bukan pandai pun, cuma Marni tau kalau ada semi & bukan full synthetic atau mix synthetic adalah lagi mahal berbanding mineral, korang mesti lagi expert dari Marni kan…
Selepas cukup kilometer 10k.. Marni pun beli lah minyak JTX1000 GOLD ni. Nak cube jugak, perasaan membuak-buak nak tau ape yg best sangat minyak ni. Diorg kata untuk first time guna better tukar sekali dgn minyak gear baru dapat kepuasan max.. Tapi Marni tak buat pun. just try JTX je dulu.
1st time gerak kereta pakai JTX1000 GOLD ni, Marni buat travel balik Terengganu terus. Sebelum start perjalanan Marni isi full tank, perjalanan sejauh 450km kalau bawak laju dalam 4 jam 30 minit camtu lah jauhnya.. start masuk highway Marni dah tekan kaw-kaw minyak sbb jalan dh berbukit dan berliku.
Seriously, Marni rasa lain! haa.. kereta ada rasa ringan dari sebelum ni.. pick-up memang bertambah.. dan yang paling best minyak jimat weih even tekan minyak kuat masa naik bukit or maintain 12okm/jam or kadang-kadang terlajak jugak ke 150/km.. shhhh… hahaha..
Biasa kalau balik Terengganu, Marni isi full tank Cik Tam dalam RM80-RM90 (ikut rate semasa) dan akan refill lagi kat RnR Gambang dalam RM40. Yes sampai Terengganu takkan habis pun yang 2nd refill tu. Tapi nak cerita, waktu tu Marni drive dari KL sampai Terengganu (Rumah) tanpa berhenti refill minyak kat RnR Gambang.
Best ke best?
That’s what make me stay dengan JTX sampai sekarang!
Hai-O JTX Series : Penjaga Enjin Kenderaan Terbaik 2018
Nak merasai kehebatan JTX 1000 Seperti mereka?
ANDA NAK JIMAT?
ANDA NAK LEBIH JIMAT?
ATAU PENJIMATAN BERGANDA SETANDING BELIAN BORONG?
Harga Terbaik di Pasaran khas untuk pembaca blog Marni.
Terus Whatsapp ‘NAK JTX MURAH’ ke nombor:-
018-770 8996
atau email ke wamarniwahab@gmail.com
Runner kami sedia COD di lokasi berhampiran Anda
BERMINAT UNTUK JANA SIDE INCOME?
WHATSAPP ‘SIDE INCOME’ KE NOMBOR
018-770 8996 SEKARANG!
Modul dan Mentoring System Terbaik diberikan secara PERCUMA hingga Berjaya!
ANDA MAHU,
KAMI SERIBU KALI MAHU BANTU!
Tunjukkan KOMITMENT anda untuk berjaya SEKARANG!
SAYA DOAKAN ANDA KAYA DAN BERJAYA!
Popular search:-
Kelebihan JTX1000 Gold
JTX Oil Tipu
Keburukan Minyak Hitam JTX
JTX Gold Price
Harga minyak JTX 2018
JTX Red
JTX Gold Hai-O
JTX engine oil review
Minyak pelincir terbaik dunia
Jenama minyak hitam kereta terbaik
Testimoni minyak enjin JTX
Minyak hitam terbaik 2018
Minyak enjin terbaik di dunia
Minyak enjin terbaik untuk motosikal
Harga minyak hitam kereta
|
|